Blogger templates

Pages - Menu

Friday 29 March 2013

Club Kisah Seram : Perempuan Baju Hitam Depan Pintu..

Dari kecik I nie sering nampak2. Tu pasal lah nyai I cakap time I kecik2 dulu asyik sakit jer. Paling latest I ternampak secara vivid bila nak gi rumah parents I. Rumah parents I point block kat Mei Ling Street....lift kat sebelah pintu jer. Lift sekarang kan ada glass kat pintu jadi bleh tengok keluar. Prents I tinggal di tingkat 14. Bila lift tu sampai jer, I nampak ada perempuan pakai baju hitam berdiri depan pintu, separuh badan kebawah diselindungi potted plants yang disimpan ayah I sebagai hobi. Muka tak nampak pasal badan dia berpaling senget ke arah pintu. I ingatkan my sister pasal earlier bila I call she takde rumah. So I tot dia sampai rumah sama timing dengan I. I punya orang suka kacau adik beradik so I dah bersedia nak sergah ler.....Pintu bukak jer, dah takde...so I tot cepatnya dia masuk rumah. Bila I keluar lift, pintu rumah parents I tertutup....tak dengar pun pintu tutup tadi. Pada pendapat I macam sekelip mata gitu. So I ketuk ler pintu bertalu-talu. Adik I yang bongsu tengok I terpinga-pinga so tanya kenapa. I tanya balik if my other sis dah balik. Dia kata 'dah dari tadi'.
Ler.......I pun story kat my family what I saw. My brother kata mungkin my shadow from the lift glass. At first I tot maybe jugak pasal I pun pakai baju hitam. Tapi bila ingat balik yang orang berdiri tu rambut dia lepas bahu. I pun lepas bahu tapi I ikat rambut I hari tu. And baju I hitam ada bunga2. Yang I nampak hitam semua. I pun tak tau apasal I tot it was my sister pasal rambut dia pendek. Pelik! Sapa ya yang berdiri kat pintu tu?

No comments: