Blogger templates

Pages - Menu

Saturday 6 April 2013

Club Kisah Seram : Bende terbang...


Seperti pada malam minggu sebelum nya , aku akan mengikuti latihan silat gayong bersama seorang lagi sahabatku ini , nama nya wan , beliau ni memang gagah , tapi cukup penakut , kalau dia ternampak lipas tengah terbang ke arah dia , jangan kata aku , segala hape yang ada di hadapan nya akan di-rempuh , macam truck kontena yang tak terkawal , oke back to the top , kebetulan pada malam itu , latihan kitorang habis lewat , dalam 12.40 a.m mcm tu , jadi pas habis semua jurus dengan buah kunci kitorang belajar, kitorang pun balik lah.

(Kejadian)

Kitorang akan berjalan kaki sejauh 100 m sebelum kitorang berpecah arah , kerana rumah aku menghala ke atas bukit , jadi laluan aku lebih kepada kawasan perumahan , memang riuh , jadi aku tak de lah serqm sangat kan , walaupun jam sudah hampir pukul 1 pagi. Manakala member ku ini rumah nye menghala ke kekampungan sikit , jadi laluan nya macam umah-umah kampung lah , dan biasa an , umah-umah kampung kan cepat " tutup pintu" kalau malam ni. Sedang Aku Syok2 berjalan sambil menyanyi-nyanyi , tiba mata aku tertangkp satu objek berwarna putih , terbang menghala ke langit , aku punya takut , tak payah cakap lah masa tu , macam nk terkencing terberak pun ada . Aku cuma memerhatikan sahaja pergerakkan objek itu ke arah langit dan menghilang , susuk objek tu persis macam manusia , walau pun dalam gelap , mata aku tetap tajam . Tetapi yang tak besh nyew , kordinat di mana aku mula-mula nampak objek tu terbang, ialah menghala ke rumah iwan ni, ape lagi , aku terus lah call iwan , call punye call... WAAARRGGHHH!!! sial ko wan , tak de caller ringtone lain ke ko nak letak , suara pompuan menjerit yang kau letak .. akhirnya dia pun menjawab lah..terus aku tnye , " wan , ko kat mana ? dah sampai rumah belum??" dengan suara yang terketar2 , dia mejawab , " faris , tolong aku faris , tolong akuuu" . Meremang bulu tengkuk aku bila dengar dia cakap mcm tu.

Aku dengan sepantas kilat terus berlari ke arah rumah wan , dengan melalui jalan yang iwan biasa gunakan untuk pulang ke rumah nya . lebih kurang 25 meter nak samapi ke rumah dia , aku ternampak macam susuk tubuh manusia terbaring di atas tnah , " hah .. iwan!" .. getus hati aku , terus aku menghampiri dia . dan mengejutkan kan dia .. tapi tiada sebarang jawapan , terus aku papah dia sampai ke ruamah dia , ibu iwan menyambut kedatangan aku dengan muka yang bimbang " Ya Allah , anak aku! " , terus aku meletakkan iwan ke ataas sofa nya , aku pun duduk seketika , last2 , dengan aku sekali terlelap atas sofa tu sebab letih yang amat2 . Tup-tup aku tersedar apabila ibu ku menelefon ku , " oit , bila ko nak balik nih ? dah pukul berapa nih??!" .. segera aku matikan fon dan lihat ke jam telefon , wah ..sudah hampir 15minit aku tidur , aku melirik mata ke tempat yang aku letakkan iowan tadi , eh?!! dah tiada , mana lak dia pergi nih ... terus sahaj aku bangun dari sofa dan menuju ke tempat aku meletakkan beg aku tadi ( info : beg aku bawak untuk isi air masak dan pakaian , tadi aku letak kat situ sebelum aku tertido) . Baru sahaja aku nak capai beg aku , tiba ada orang bersuara dari belakang , " Eh!! macam mana kamu masuk ke dalam rumah ni??" ... rupa2nya mak si iwan yang bersuara , "Eh , makcik lah yang buka kan pintu tadi , kan saya bawak iwan tadi ".. balasku . "Bawak iwan ape nye faris , iwan dah lama balik tadi , elok je dia , jap mak cik panggil kan iwan" .. lalu iwan pun datang dgn muka mengantuk nya, selepas disoal ibunya , "aik , mana ade , faris , bila masa lak aku pengsan , elok je tadi aku sampai rumah " .. ahhh sudah , aku pun tak puas hati , keluarkan telfon dari poket ku kerna ingin menunjukkan bukti bahwa aku ada telfon dia tadi , tapi..... tiada. Hanya Nombor ibu ku je yang muncul .. alamak , habis siapa yang aku papah tadi , siapa yang buka kan pintu untuk aku bawak iwan masuk tadi .....Sampai ke hari ini , masih lagi tak terjawab segala misteri tu semua , aku percaya ni sume berpunca dari benda alah putih terbang yang aku nampak tu lah.

Club Kisah Seram : Kain Putih.

Cerita ini berlaku kalau tak silap aku pada tahun 1985. Ketika itu aku masih menuntut disalah sebuah institusi pengajian tinggi. Aku tinggal diasrama tingkat 4. Waktu itu kebanyakan pelajar balik kampung sebab hujung minggu. Maka tinggallah aku bersama rakan sebilikku. Kami tidak balik sebab sibuk menyiapkan term paper.

Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. Aming rakan sebilikku dah lama dibuai mimpi. Dia memang kurang sihat sejak dari petang tadi. Cuaca diluar agak suram dengan pancaran kilat sekali sekala menanda hujan akan turun tidak lama lagi. Meja studyku menghadap ketingkap. Suasana diluar memang gelap. Sesekali ketika kilat memancar, nampak dedahan kering diluar. Angin bertiup semakin kencang. Aku memperlahankan radio untuk tidak menganggu Aming. Siarannya pun sering terganggu apabila kilat memancar. Tiba-tiba aku tersintak apabila mendengar Aming mengerang. Dia meracau-racau. Aku tidak berapa dengar apa yang dia sebutkan. Dia nampak gelisah. Matanya tertutup rapat. Cuma badannya mengeliat-ngeliat seperti orang diikat badannya. Kakinya kejang dan tangannya mengengam penumbuk. Sekali lagi aku tersintak apabila terdengar lolongan diluar. Bulu romaku mula berdiri. Ini tak boleh jadi ni, fikir hatiku. Aku cuba mengejut Aming. Dia masih meracau. Badannya yang panas terasa keras seolah-olah dia menahan nafasnya.

Dentuman guruh diluar betul-betul membuat aku hilang semangat. Badanku terasa seram sejuk. Lolongan diluar bertambah rancak. Hujan mula turun dengan lebatnya dengan pancaran kilat dan dentuman guruh yang menggila. Aku bingkas bangun untuk menutup tingkap. Ketika itu aku ternampak sesuatu berwarna putih terawang-awang disebelah pokok besar betul-betul dihadapan tingkap. Aku tersintak dan mengucap beberapa kali. Disaat itu aku terdengar suara mengilai yang nyaring dan benda putih yang seperti kain tadi semakin menghampiri tingkap. Aku kaku dan terduduk disebelah katil Aming. Aku cuba mengejut Aming yang masih meracau-racau dalam bahasa yang aku tidak tahu. Badannya masih keras. Aku memanggil namanya beberapa kali. Tiba-tiba matanya terbeliak melihat syiling. Matanya merah. Dia tidak meracau tetapi mengerang-ngerang. Disaat yang sama aku terasa deruan angin dimukaku. Bunyi hilaian tadi memenuhi ruang bilik kami. Aku mendongak kesyiling.Dimasa itu aku terasa sangat lemah dan tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang aku lihat sangat mengerikan. Kain putih tadi telah berada didalam bilik kami. Ianya seolah-olah tersangkut pada kipas syiling. Berpusing-pusing sambil mengilai.

Suaraku tersekat. Aku cuma mampu melihat. Tiba-tiba bahuku digengam Aming dengan kuatnya. Matanya yang merah masih terbeliak. Mulutnya berbuih. Aku cuba menjerit, tetapi suaraku tidak keluar. Aku mengucap didalam hati beberapa kali. Hilaian dari kain putih tadi memekak telingaku. Akhirnya aku berjaya melaungkan azan. Sungguhpun perlahan, tetapi berjaya menenangkan keadaan. Suara hilaian tadi menjadi sayup-sayup dan akhirnya hilang ditelan bunyi hujan lebat diluar. Kain putih yang berlegar disyiling pun ghaib entah kemana. Gengaman Aming semakin lemah dan akhirnya tangannya terkulai. Nafas kami sesak seperti baru lepas berlari jauh. Peluh membasahi muka kami. Aming telah mula sedar. Dia memberitahu aku yang dia telah dihimpap sesuatu yang berat sehingga sukar untuk bernafas. Katanya lagi dia beberapa kali meminta tolong dariku tetapi aku seolah-olah tidak menghiraukannya. Aku tanya adakah dia melihat apa yang berlaku sebentar tadi. Dia kebingungan. Katanya dia cuma melihat aku dimeja studyku. Aku sendiri kebingungan. Dia seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku. Jam menunjukkan hampir pukul 6:00 pagi. Sayup-sayup terdengar bacaan ayat-ayat suci dari masjid yang berdekatan. Aku bersyukur kami berdua selamat meskipun masing-masing mengalami dua kejadian yang berlainan dalam waktu yang sama.

Club Kisah Seram : Balik Kerja.

Tahun lepas , auntie aku selalu keja syif malam.. Dari pkul 5ptg smpai 1pagi.. Dia keja kt Kargo Udara (Kastam).. So , masa dia balik mlm2 tu , mcm2 la kjdian yg dia alami.. & slalu la gak crta kt aku.. Biasa la , aku ni p'dgr yg setia katakan.. 

Masa kjdian tu , syif auntie aku baru habis la kan.. Petang tu plak auntie aku parking bwh pkok coz senang sikit nk kluar.. Otw g kereta tu , auntie aku rase mcm ada yg perhatikan dia.. Tapi auntie aku ni masih leh cool g.. Tapi dalam pada cool tu , sempat gak dia capai "rosary" kt dlm handbag dia tu... Nak kata pak guard yg perhati dia , pak guard tu kt dlm ofis , tgh buat rondaan.. So , auntie aku tau la benda tu tgh perhati dia.. Lagipun pokok tmpt dia parking kereta tu agak "keras" la... Kwn2 auntie aku suma pnh kena.... Masa auntie aku parking ptg tu , dia memang x ingat psal pokok tu "keras".. Trus jer auntie aku sarung "rosary" tu kt leher dia.. Baru dia rasa tenang sikit.. Masa auntie aku dh kt dlm krta , dia buka la radio... Tapi radio tu mcm kene ganggu siaran.. Auntie aku trus ttup radio , start enjin & nk blah la dri situ.. Masa dia nk reverse tu , kan kene pandang cermin blkang , mula2 tu dia x nmpk apa2 la tpi rasa berat la krta dia.. Tapi bila dia dh x reverse g & nk drive dri situ , anak mata dia tpndang satu lembaga ni b'tenggek kt bonet krta dia.. Auntie aku ni brni gak la org nya , so dia bgtau kt bnda tu tnpa tgk bnda tu "minta maaf aku dh parking kt tmpt kau , tapi aku xprnh ganggu kau & kau jangan la ganggu aku..Aku nk balik,anak aku tgh tggu kt rumah".. Lepas je auntie aku ckp mcm tu , krta dia terus ringan mcm biasa , xde berat2 g..

Masa auntie aku crta tu , bulu roma aku meremang.. Memang meremang betul2... Tanpa segan silu lak tu..

Club Kisah Seram : Tumpang.

SAPE YANG PERNAH TINGGAL KAT DUNGUN MESTI KENAL BUKIT BAUK..BUKIT YG PENUH DGN EVIL DAN MISTERI..SEKARANG POLITEKNIK DIBINA DI SEBELAH BUKIT.. TP KIRA JAUH LA SKIT DARI POLOTEKNIK TU..NI AKU NAK CERITA TTG ADA SATU KISAH..KISAH SEORANG BUDAK MOTOR YG KONVOI LALU KAT SITU MALAM2 HARI..NI PUN AKU DGR DARI MULUT KE MULUT..

TAK DAPAT DI PASTIKAN KESAHIHAN NYA.. 
MASA TU ADA LA BEBUDAK NI BERKONVOI MOTOR BERAMAI UNTUK KE KUALA TERENGGANU..MEREKA NI MUNGKIN STUDENT2 U YG BALIK BERCUTI...MASA TU SUDAH LARUT MALAM..LALU LA DIAORG KAT JALAN BUKIT BAUK TU..ADA LA MAMAT SORANG NI..ASAL MOTOR DIA OK JE..TETIBA RASA BERAT AMAT SGT..KAWAN2 DIA DAH TINGGAL AR DIA KAT BLAKANG..TGH2 BERAT NI,MOTOR DIA PLAK TETIBA ENJIN STOP...BETUL2 DPN BUKIT BAUK..MUNGKIN DIA BKN ORG ASAL DUNGUN,JADI DIA XTAU TTG EVIL NYA KAWASAN TU..DIA PUN DUK START2 MOTOR DIA SAMPAI KEPENATAN..STILL X IDUP JUGAK..TENGAH2 START,DIA ADA TERPERASAN ADA BENDA KAT BLAKANG DIA..AMBIK KAU..SKALI ADA POMPUAN CUN DUK TUMPANG DIA..BAJU PUTIH RAMBUT PANJANG...APA LG DIA PUN TERUS MELOMPAT LARI DARI MOTOR DIA..BERLARI LA DIA SAMBIL MENJERIT2 KETAKUTAN..MUJUR TIME TU KAWAN2 DIA YG BERKONVOI TU DUK LEPAK BERENTI MINUM KAT KEDAI KAT KAMPUNG BATU 5..SAMPAI SANA DIA BGTAU LA TTG DIA KENA TU..KAWAN2 DIA SEMUA G SANA N MASA TU BENDA TU DAH XDA..YG ADA MOTOR YAMAHA SS YG DAH TERBALIK..DIA AMBIK MOTOR DAN SKALI START TERUS JALAN..DGR2 CERITA MAMAT TU DEMAM SEMINGGU PASTU..HAHA.. YG TU SATU KEJADIAN..BYK LG BENDA YG BERLAKU DI KAWASAN TU..KAWASAN TU SERING BERLAKU KEMALANGAN NGERI DAN MMG BIASANYA MANGSA JARANG SELAMAT..MUNGKIN SEBAB CUAI ATAU PUN MMG ADA GANGGUAN YG MENYEBABKAN TERJADINYA KEMALANGAN2 ITU.. SEKARANG JALAN DI KAWASAN TU DAN DI BESARKAN..DAN STILL LG BERLAKU KEMALANGAN YG MERAGUT NYAWA..WALLAHUALAM..

Club Kisah Seram : Jelmaan Pocong.

Kes ni terjadi ketika Lin berumur antara 9 – 10 tahun. Masa tu hot tentang cerita ada kereta eksiden depan simpang rumah Lin. Teruk jugalah kereta tu remuk dan mayat ditemui dengan keadaan mengerikan dan mengalami pendarahan yang banyak kerana telinganya hilang. (ni bukan bohong tau! Sekali lagi diingatkan, BUKAN BOHONG!!!!) K, kita sambung.. Yang buat cerita tu hot sebab mayat yang ditemui di tempat kejadian, bangkit dan mengganggu penduduk kampung. Ada yang kata jelmaannya menjadi hantu pocong. Kalau orang Labuan panggil Tutut. Arwah abah Lin pernah alami juga. 

Pagi tu, kira-kira subuhlah juga. Arwah abah rasa nak pergi tandas tapi dia terdengar bunyi “Tut.. Tut.. Tut..” Kata orang tua-tua kalau bunyi dia jauh, benda tu dekat dengan kita. Tapi kalau bunyi dia dekat, benda tu jauh ngan kita. Arwah abah Lin dengar bunyinya jauh, sekali abah selak langsir jendela bilik, aiseimen.. Tingginya loncatan. Sekelip mata hilang! 

Betul Lin tak tipu.. Lepas tu, esok pagi heboh bila rumah jiran Lin kat sebelah rumah kami kena ketuk. Jiran bangun, ingat kami perlu bantuan sebab suara benda tu merayu rayu minta tolong. Jiran selak daun pintu, aiseimen.. dia minta tolong cari telinga dialah. Meremang bulu dengar.

Club Kisah Seram : Kaki saya dipegang hantu.

Ini adalah kisah benar saya, yang berlaku pada tahun 1994 lokasi depan perkuburan kristian saint theresa Tambunan. Keadaan jalan raya waktu itu sangat gelap sebab belum dipasang lampu-lampu jalanraya lagi. Ingatan saya masih segar bila mengingatkan peristiwa itu dimana saya dan sepupu saya Wendy yang paling lewat pulang sebab nak tutup lampu dan nak kunci dewan.Waktu itu Kami sedang belajar "Tea Kwan Do" di dewan itu.Kami pulang ni pun selalu kelam kabut berlari-lari sebab waktu dah nak gelap masuk waktu maghrib.Kawan-kawan kami yang lain sudah meninggalkan kami.Saya waktu tu tak ada bawa lampu suluh, apabila sampai di kawasan bambu yang gelap itu di tepi jalanraya. Tiba-tiba saya terasa ada benda ganjil terasa seperti tangan mencengkam kaki kiri saya secara mengejut. Dalam fikiran saya terus terlintas mungkin ini ular sawa.Saya tak pandang belakang lagi, lagi pun keadaan sangat gelap.

Saya rasa betul kaki saya kena pegang,ini bukan khayalan atau mimpi, rasa macam bukan tangan tapi ranting2 bambu yang hidup. Dalam keadaan terkejut itu saya sempat jugalah melepaskan kaki saya dan bergerak cepat meninggalkan tempat itu.Sepupu saya sebenarnya tak tahu apa yang berlaku tapi saya sempat juga bercakap supaya dia berlari cepat. Takut kami kena tarik masuk dalam bambu tu pula.kami pun berlari sekuat hati dan melintas perkuburan muslim yang kedua pula dekat Jabatan Telekom itu.Dalam fikiran saya waktu itu terbayang alam bunian,hantu dan juga ular besar. Kaki saya terasa sakit masa berlari ketakutan. Akhirnya kami sampai juga dirumah masing-masing dengan selamat. Saya lihat kaki kiri saya tak ada juga kesan luka, yang ada hanya kesan lebam kebirua-biruan. Kalau kena gigit ular sawa tentu ada kesan gigitan. Selepas beberapa waktu saya pergilah jumpa seorang bomoh di kampung saya untuk meminta rawatan sebab saya rasa badan saya lain sakitnya. Bomoh tu pun cakap saya kena pegang hantu. Saya taklah terkejut apabila diberitahu. Saya pun dah agak,saya teringat kembali kejadian kaki saya yang kena pegang hantu hari tu. Saya tak ada pun cerita pada bomoh tu yang kaki saya kena pegang hantu. Selepas ditilik barulah saya ceritakan hal yang sebenarnya.Dan tempat tu memang seram dan berpenunggu...terutamanya di waktu malam.

Club Kisah Seram : Dijemput Hantu.

Salam sejahtera saya ucapkan. Saya ingin berkongsi satu cerita yang pernah saya dengar dari ibu saya. Kejadian ini berlaku di sebuah kampung di Malaysia pada tahun 1960an semasa ibu saya masih remaja. Ini adalah cerita benar dan sama sekali bukan sebuah rekaan.

Kejadian ini berlaku pada salah seorang saudara ibu saya. Namanya Nek Siti. Nek Siti adalah seorang penjual Nasi Lemak di salah sebuah sekolah di kampung itu. Tiap-tiap hari Nek Siti akan menemani anak menantunya yang baru melahirkan. Jarak rumah Nek Siti dan rumah menantunya lebih kurang 500 meter. Jadi, tiap-tiap hari sebelum Maghrib, Nek Siti akan ke rumah menantunya untuk menjaga anak yang baru lahir. Pada suatu hari, sebelum Nek Siti keluar untuk pergi ke rumah anak menantunya, dia berpesan pada suaminya, Tok Daud. Katanya "Bang jangan lupa nanti ambil saya pukul 5 pagi". Selepas berpesan, Nek Siti pun menuju ke rumah anak menantunya. Pada malam itu sedang semuanya sedang tidur, kedengaran suara Tok Daud memanggil Nek Siti. "Ti oh Ti, Ti!" terdengar suara Tok Daud. Anak menantunya yang terdengar suara itu mengejutkan Nek Siti yang sedang nyenyak tidur. "Mak oh Mak, Wak dah datang tu. Oh Mak, bangun" kata anak menantunya.

Nek Siti pun bangun. Tanpa memandang ke arah jam dinding, Nek Siti pun mencapai selendangnya dan membuka pintu rumah. Ternampak seorang lelaki yang saling tak tumpah seperti Tok Daud berdiri agak jauh dari pintu rumah itu. Nek Siti pun berjalan mengikut lelaki yang disangkakan Tok Daud.
Yang peliknya, kali ini Tok Daud berjalan jauh mendahului Nek Siti tanpa berkata-kata. Dia ada memegang lampu suluh yang agak kecil. Nek Siti yang sudah agak tua tercungap-cungap cuba berjalan sepantas Tok Daud. "Bang, oi Bang, tunggu. Kenapa jalan cepat sangat ?" tanya Nek Siti.
Tiba-tiba lelaki yang berjalan di hadapan Nek Siti itu lenyap dari pandangan Nek Siti. Alangkah terperanjatnya Nek Siti. Nek Siti menjadi takut dan kakinya menggeletar. Dia pun menguatkan dirinya dan berjalan pulang ke rumahnya yang berdekatan dengan tempat kejadian. Nek Siti mengetuk pintu sekuat yang dia mampu dan berteriak memanggil suaminya Tok Daud yang rupa-rupanya sedang nyenyak tidur di dalam rumah. Rupa-rupanya jam baru pukul 3 lebih pagi dan lelaki yang menjemput Nek Siti itu bukanlah Tok Daud. Khabarnya, Nek Siti terus demam dan tidak dapat berniaga di sekolah selama beberapa hari. 

Friday 5 April 2013

Club Kisah Seram : Gangguan Di Dusun Durian.

Ada sebuah dusun durian yang dikongsikan oleh beberapa buah rumah panjang, yang dipanggil ‘dusun kongsi’ (merupakan dusun yang dahulunya ditanam oleh datuk nenek moyang dan tidak diketahui pemilik sahih, oleh itu ianya diisytiharkan perkongsian beberapa keluarga yang berasal dari keturunan yang sama). Dusun itu terletak betul-betul di kaki Bukit Begunan. Sejarah Bukit Begunan memang cukup dikenali oleh penduduk Sri Aman khasnya, kerana setiap tahun, AKAN ADA terjadinya kemalangan yang meragut nyawa manusia. Dikatakan kawasan itu menuntut darah manusia setiap tahun.

Kebetulan pada masa cerita ini berlaku, waktu itu tengah musim durian. Jadi, saya dan beberapa penduduk kampung yang lain, lebih kurang enam orang kesemuanya, bersiap-sedia untuk bermalam di dusun tersebut untuk memungut buah durian yang sudah masak untuk dijual. Di sini, kalau musim durian, memang laku. Kadang-kadang dapat keuntungan hingga ratusan ringgit sehari. Kami berenam, empat daripada kami agak muda, ditemani oleh dua orang lelaki yang agak berusia, setelah sampai di dusun tersebut, mula membersihkan ‘langkau’ (pondok) yang memang telah lama berada di situ. Kami mula membersihkan ‘langkau’ tersebut yang akan dijadikan tempat kami bermalam. Masing-masing mula menjalankan tugas sendiri. Ada yang mencari kayu api, ada yang menyediakan tempat memasak, ada juga yang sudah mula mencari buah durian yang sudah jatuh.

Keseraman bermula apabila malam menjelma. Bayangkan kawasan hutan, yang jauh dari segala hiruk-pikuk, tiada bunyi kereta, tiada lampu jalan, hanya ditemani unggas dan juga cengkerik dan segala jenis bunyi di malam hari. Kami berterusan bercerita antara satu sama lain. Seorang lelaki yang agak berumur, saya panggil dia Pak Jubang (bukan nama sebenar), tidak menyertai perbualan kami. Dia hanya berbaring di satu sudut, berbantalkan lengan. Sikap azali beliau memang begitu, tidak berapa campur dengan budak-budak muda, mungkin kerana usianya yang agak tua sedikit. Sedang kami berlima tengah rancak berbual, tiba-tiba kami terdengar bunyi semak seperti digoncang, seolah-olah seperti ada sesuatu yang sedang bergerak. Kami terdiam, ingin mengetahui apakah benda tersebut. Kemudian terdengar lagi bunyi seperti orang sedang berjalan, seperti menyeret kaki di sekitar ‘langkau’ kami. Bunyinya begitu nyata sekali kerana di kawasan‘langkau’ tersebut dipenuhi dengan daun-daun yang kering.

“Skreeeeeepppp skkreeeeeettttt skkreeeeeeeppp”, agak-agak begitulah bunyinya.

‘Langkau’ kami, diperbuat daripada kayu, berdindingkan dan beratapkan daun nipah, hanya berlantaikan kayu. Lampu kami pada malam itu hanya lampu minyak tanah. Kedengaran lagi bunyi kaki diseret dan kali ini ditambah pula seperti seolah-olah ada benda meletakkan tangannya di dinding ‘langkau’ kami dan menyeret dari hujung ke hujung. Tiada siapa yang berani keluar pada masa itu. Kami hanya berpandangan antara satu sama lain. Tiba-tiba,

“Taaaammmmmmmmm!!!!!!”

Lantai kayu kami dipukul dari bawah. Kami semua terkejut! Masalahnya, ‘langkau’ tersebut dibuat bertiang, tetapi ruang di antara lantai papan kami dengan tanah tidak sampai pun satu meter, macamana boleh ada sesuatu masuk ke bawah dan memukulnya sekuat hati hingga hampir tercabut papan tersebut? Kami mula panik. Langsung saling berpandangan (nasib tidak berpelukan). Tiang ‘langkau’ kami kemudiannya seperti digoncang dari luar. Kami semakin ketakutan. Orang tua yang sedang berbaring tadi, setelah mendengar bunyi lantai dipukul, turut terbangun. Pada masa itu beliau bersuara sambil menggosokkan mata,

“Nama utai nya? (Apa benda tu)” kata beliau.

Kemudian beliau memerhatikan kami, dan saat itu juga beliau seolah-olah tahu apakah yang sedang terjadi. Kemudian beliau bingkas bangun dan mencapai parangnya seraya berkata,

“Heeiiisshhh… Ngacau mai utai tok (kacau betul lah benda ni)”.

Beliau kemudian terus keluar dari ‘langkau’, kedengaran seperti beliau sedang membaca sesuatu dan terus meletakkan parang beliau ke atas tanah betul-betul di depan pintu. Kemudian, dengan selambanya beliau naik semula ke atas, dan menghidupkan api rokoknya. Serentak dengan perbuatannya sebentar tadi, gangguan tersebut terus hilang. Berhenti seolah-olah api yang disiram air.

Kami mulai tenang, dan kami berlima mula bertanya dengan beliau, apakah benda yang mengganggu kami. Beliau menjawab, itu adalah ‘hantu koklir’, atau ‘kulir’, yang memang suka mengganggu manusia. Mungkin hantu ‘kulir’ ini adalah Pontianak dalam versi Iban.

Club Kisah Seram : Menempah Bilik

Menurut majalah tersebut,pada hari kejadian..gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat barat menaiki sebuah markrobas ( Bas Mini ) untuk menuju ke satu destinasi diwilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis, seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dlm lingkungan 20 tahun. Didalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi uban menegurnya, "Wahai pemudi,alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu. Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki " nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang nakal dan mengejek. " Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka? " Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka Jahannam untukku " katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis itu. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perlakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam. Ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Lantas semua yang di dalam bas itu tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dgn lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas itu pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas dan para penumpang yang lain mengejutkannya tetapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua yang menasihatinya tadi terus memeriksa nadi si gadis itu. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan situasi yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang sedang aneh berlaku pada mayat gadis yang terbujur kaku di jalan raya itu. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan untuk menguruskan mayat itu.

Club Kisah Seram - Teksi

Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai. Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent. Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.

Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami. Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba membuat ragam. Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya. Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat bantuan. Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu. Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok. Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong. Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi. Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan. Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahannya. Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambilo mengucapkan rasa syukur.

Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan. Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja. 
Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenali langsung. Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu. Terkumat kamit mulut kami. Sempat jugak saya bertanya, "Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?" Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya. Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya. Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat. Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain. Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent. Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami. Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya. 


Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila mmenyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar sudah lanjut usianya. Kelihatan sejuta kedutan ditangannya. Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya. Dia seperti cuba memalingkan mukannya ke arah lain. Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat. Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh saya turun dari teksi waktu itu dengan segera. Saya, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutp pintunya kembali. Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak sja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi. Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia terperanjay apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangan nya, Waktu itu saya melihat jam tangan hampir puku; 11.30 malam. Alangkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent mangambil masa tiga jam. 

Sunday 31 March 2013

Club Kisah Seram : Sesuatu Ikut Pulang Dari Tempat Tugas

Saya juga ingin berkongsi sama pengalaman yang saya sendiri alami. Apa yang berlaku pada saya bukanlah dibuat-buat tapi yang sebenarnya terjadi pada saya kira2 sebulan lebih yang lalu, ketika saya bertugas hingga lewat malam untuk menyelesaikan laporan untuk keesokan harinya. Bila sudah selesai, jam di tangan saya menunjukkan kira2 jam 1.20 pagi. Saya langsung ke tandas untuk mencuci muka. Ketika saya hendak melangkah keluar dari tandas, saya terkejut bila pintu tandas di belakang saya seperti digegarkan. Walaupun terkejut saya tidak memikirkan apa2. Saya sempat berkata dalam hati, "Eh aku ni dah tambah berat badan ke sampai bergegar pintu bila berjalan?"  Saya terus ke pintu untuk periksa lantai dan dinding pintu kubikel kerana saya bersama teman2 sekerja dilatih agar mencari punca sekiranya sesuatu berlaku. Saya periksa semua ok tidak ada apa2 pun. Saya pun pusing untuk keluar dari tandas tapi bila hendak keluar saya terdengar pula bunyi ketukan dari arah pintu kubikel tadi. Tok... Tok... Tok... Tok... Saya terus pusing dan melihat ke arah pintu itu yang masih kedengaran bunyi ketukan. Saya perhatikan buat seketika, terdiam saya bila pintu itu bergoyang perlahan, nak kata ada angin tak mungkin. Saya beristighfar panjang dan serta-merta bau yang datang dari alat pewangi udara di tandas bertukar menjadi seperti bau busuk dan hamis. Saya terus keluar dari tandas dan naik teksi pulang ke rumah. Sampai saja saya terus bersihkan diri dan siap2 untuk tidur apabila saya terdengar salakan anjing melolong tinggi. Saya terus bangun dan pergi ke balkoni. Saya melihat seekor anjing sedang melolong tinggi dari satu pokok kelapa ke pokok kelapa yang lain. Saya perhatikan dalam hati ada tupai ke atau burung tiong kuning ke kerana di tempat kawasan perumahan saya memang ada burung itu dan selalu kedengaran bunyinya. Saya terus perhatikan tapi tidak kelihatan apa2 hinggalah ke satu pokok kelapa anjing itu melolong, saya perasan daun kelapa di atasnya melendut ke bawah. Saya beristighfar panjang dan terus terangkan lampu rumah dan putarkan CD ayat2 suci Al-Quran hinggalah ke pagi, saya tidak dapat tidur. Itu saja yang saya ingin kongsi sama. 

Club Kisah Seram : Masa kat mersing

NI PENGALAMAN AKU KAT MERSING..SEMUA TTG STESEN MINYAK DIA..2 KALI AKU TERKENA..TIME AKU BUJANG DAN YG TERBARU TIME AKU DAH KAWIN...YG TIME AKU BUJANG TU AKU ON DAY DARI TERENGGANU KE JOHOR BHARU..MLM TU AKU MMG MENGANTUK HABIS..TUNGGU PUNYA TUNGGU ADA LA AKU JUMPA 1 STESEN MINYAK KAT MERSING..SEBELAH TOKONG LAU XSILAP AKU..TP MMG AREA TU LA..AKU PUN PARKING LA..TIME AKU TGK STESEN NI CAM BUKA..TU YG AKU BERANI BERHENTI REHAT..AKU TIDUR KAT KAWASAN GELAP SKIT..DUK SYOK2 AKU TIDUR,AKU TERBANGUN..
DAN TIME STILL LG MAMAI LA..AKU TENGOK SEBELAH KERUSI AKU,ADA AWEK DUK LEPAK..AKU MASA TU XTAU AKU MIMPI OR BETUL..TP YG PASTI AKU SEMPAT LA JUGA BACA DAN AZAN..DAN BENDA TU HILANG..TERUS AKU BLAH DARI SITU.. YG TIME AKU DAH KAWIN NI PUN AKU KENA KAT MERSING JUGAK..TP AKU XTIDUR AR KAT STESEN MINYAK TU..TP AKU DAN ISTERI AKU TIDUR KAT PETRONAS.. PERTONAS TU TUTUP..TP AKU BERANI LA KAN COZ BINI ADA SEBELAH..TAPI YG NI AKU RASA LAWAK PUN ADA.. DUK BEST2 AKU TIDUR,AKU MIMPI AKU KENA SAKAT DEK HANTU..AKU TERBANGUN COZ TERDENGAR ADA ORG KETUK CERMIN TINGKAP KERETA AKU..AKU TOLEH LA..AMBIK KAU..AKU TGK ADA ORG XPAKAI BAJU MUKA PUCAT DUK BERDIRI KAT LUAR SEBELAH KERETA AKU..AKU MENJERIT DAN TERUS START KERETA SAMPAI TERSPIN TAYAR TU..BINI AKU DAH TERKEJUT DGR AKU MENJERIT..MASA TU AKU DUK PIKIR NAK SELAMATKAN KAMI JE..
LAMA JUGA AKU AMBIK MASA NAK CERITA KAT BINI AKU..DIA BLURR TGK AKU..SIAP MARAH2 LG..PAS AKU CERITA KAT DIA,BARU DIA BGTAU DIA PUN MIMPI HANTU TIME TU..HUHU..YG LAWAKNYA AKU MENJERIT DAN TERUS CABUT TU..MUNGKIN BENDA TU MARAH KOT KAMI TIDUR SITU..SEKARANG LAU AKU NAK REST,AKU JUST BERENTI KAT SEVEN 7 KAT MERSING..BETUL2 DEPAN KAMI TIDUR..KAT STESEN2 MINYAK MERSING AKU DAH SERIK..ASYIK KENA JE..

Club Kisah Seram : Berlaku dlm 2 tahun yg lepas.

Dia dpt job mengandam sorg pengantin kat sebuah negeri terkenal ngan masakan yg pedas2..so dia gi la sana ngan assistant dia..naik kete dan dgn berpandukan arahan melalui telefon oleh kakak si pengantin, maka sampailah mereka ke destinasi yg dituju. rumah pengantin nun jauh di dlm kg dan terletak kat atas bukit. mengikut citer si pak andam ni, rumah tu cam rumah kg style dulu2 and agak spooky gak la secara luarannya.. but that is just the beginning of the story...The best part (or the worst??) time dia msk bilik pengantin coz nak mengandam kan.dia sorg jer assistant yg lain siapkan meja mkn pengantin etc..bilik tu suram jer ngan tingkap sume ditutup ngan kain..pelik la si pak andam ni. tp dia agak maybe tradisi org kat sini mmg camtu..and time mekap pun pengantin x bole tgk cermin..hmm pelik la kan? tp keje pny psl mamat ni redah je la..pengantin tu plak x ckp byk pun..mostly diam jer.. sekali..jeng2..time dia agkt rambut pengantin coz nk buat sanggul, terkejut tahap gaban si pak andam coz belakang tengkuk pengantin ada paku hokkay!!! paku yg kepala bsr and berkarat plak tu!! keluar segala peluh jantan beb. dia mmg xde nk relax2 dh.cpt jer siapkan pengantin then igt nk blah je. Lepas dh siap sumer tu, akak si pengantin jemput pak andam n konco2nya mkn kenduri. tp si pak andam ni dh pucat semcm bg alasan kene blk cpt..maybe akak pengantin perasan kot yg mamat ni takut something..then dia sendiri explain. katenye, adik dia tu dulu pnh accident teruk. hampir nak mati gak la. then diorg gi berubat. hmm..hampir mati ker or..ishhhhhhhhhh....ape kejadah ada paku kan??!!  then, pak andam ni dh bisik ngan assistant dia citer ape yg dia nampak kat pengantin. masing2 pun pucat then diorg mintak izin trus blah. tak mkn pape pun.yg pelikye time diorg nk keluar dari tmpt tu, diorg cm x bole jmp jln keluar. hampir sejam gak la diorg asyik pusing2 kat tmpt yg sama.huhu. pastu ntah mcm mana, berjaya gak jmp high way..baju pengantin yg dia dh pakai, makeup sume dh dihumban oleh pak andam ni. bwk sueh ketanye.. .aku dgr citer ni seriau je coz aku igtkn dlm movie dolu2 je ada kene paku ni.hmmm...

Club Kisah Seram : Jual Kuih

Selesai mengaminkan doa Azizul pantas menuruni anak tannga surau untuk pulang ke rumah.Dia perlu segera sampai di rumah untuk menolong isterinya menyiapkan nasi lemak dan kuih muih sebagai sumber rezeki mereka.
Tidak sampai hati dia membiarkan isterinya hanya seorang diri menyiapkan itu ini sedangkan usaha itu dilakukan untuk menambahkan pendapatan mereka. "Hai Zul awal lagi takkan dah nak balik..marilah berborak dulu"sapa tapa apabila melihat Azizul sudah berada di atas motor."Tak bolehlah Pa..aku kena balik nak siapkan nasi lemak dan kuih-kuih tu..sian bini aku buat keje sorang-sorang,bukan macam korang "balas Azizul. "Ha jaga-jaga sikit Zul kang terjumpa langsuir"celah Nordin cuba menyakat ."Ala Din tu cite zaman pelita minyak tanah,skang zaman moden..mana ada lagi semua tu" "Cakap besar nanti jumpa baru tau!"dalam deruman enjin motorsikalnya Azizul masih dapat mendengar tempelakan Nordin kepadanya,tapi dai buat tak tahu saja.Malas nak melayan kerenah mereka.Yang penting dia segera sampai di rumah. 

Dia bukan mahu cakap besar,sudah berbulan dia berulang alik ke kawasan perumahan Taman Sejati untuk menghantar kuih kepada penjaja di situ dan acapkali itulah juga dia melalui selekoh Tok Soh yang dikatakan keras dan langsuir menjelma disitu.Namun dia tidak pernah terserempak.Acapkali juga telinganya mendengar cerita berkenaan lengsuir di situ namun apabila ditanya kepada yang membawa cerita mereka menafikan pernah menjumpainya sendiri.Sekadar mendapat cerita dari orang lain. Jadi pada Azizul cerita itu sekadar dibuat untuk menakutkan orang yang melalui selekoh itu pada malam hari. "Esok pagi abang keluar awal sikit"kata Azizul pada isterinya ketika sedang memotong daun pisang untuk dijadikan pembungkus nasi lemak."Kenapa pula?Kan masih sempat abang keluar macam biasa?"tanya isterinya dari sudut dapur. "Bos abang tu asyik pandang abang semacam jer kebelakangan ni sebab kerap sangat abang lewat" Azizul bekerja sebagai tukang kebun di sebuah loji air di pinggir pekan Sungai Petani. Azizul sedar setia pagi dia berkejar menghantar kuih ke Taman Sejati yang jaraknya 13 kilometer dari rumah kemudian berpatah balik untuk menghantar anakanya ke sekolah.Selepas itu barulah dia dapat bertolak ke tempat kerja.Memang setakat ini bosnya belum bersuara tapi sekadar menjeling,jadi faham-fahamlah maksudnya itu. Keesokkan hari awal-awal pagi lagi Azizul telah bersiap-siap memasukkan nasi lemak ke dalam bakul sementara isterinya subik menggoreng karipap di dapur."Awal sangat ni bang,jalan raya masih sunyi lagi"isterinya menyuarakan kebimbangan. "Dah pukul 5 awal ape lagi,van kilang pun dah keluar amik pekerja masa ni.Dahla mintak kuih tu"balas Azizul sambil mengikat raga di pelantar motornya. Azizul menhidupkan enjin motornya dan meredah kegelapan pagi untuk ke Taman Sejati.Memang benar kata isterinya jalan masih sunnyi.Tiada satupun van kilang yang berselisih dengan pagi itu.Rupanya hari itu hari Ahad,semua pekerja kilang bercuti. 

Pagi itu suhu amat sejuk membuatkan Azizul mengeletar kesejukan.Pandangannya terhad kerana cuaca berkabus. Namun dia tidak berani menambah kelajuan motornya kerana bimbang terlanggar lembu-lembu yang mungkin tidur di tengah jalan raya.Biasanya lembu itu gemar tidur di atas tar untuk memanaskan badan. Ketika melewati Selekoh Tok Soh seorang gadis menahan motorsikalnya.Azizul memberhentikan motornya di hadapan gadis itu.Pada fikirannya mungkin gadis itu pekerja kilang yang keluar untuk bekerja pada hari minggu bagi mendapatkan duit lebih. "Nak beli kuih?"Gadis itu mengangguk, baunya sungguh harum.Namun Azizul tidak ambil pusing kerana padanya gadis dan wangi-wangian memang tidak dapat dipisahkan. Azizul sudah lali dengan bau pewangi gadis pekerja kilang apabila mereka singgah di gerai tempat dia meletakkan kuih.Bila lima gadis turun serentak bau wangi itu takkan hilang walaupun van kilang telah berlalu pergi. Oleh kerana suasana masih gelap Azizul mennyalakan lampu suluh yang dibawanya bagi membolehkan gadis itu memilih kuih yang dikehendakinya.Gadis itu mencapai plastik yang tersangkut di raga motor lalu mengambil 2 bungkus nasi lemak dan 3 ketul kuih seri muka. "Dua ringgit semuanya"kata Azizul.Gadis itu menghulurkan dua keping wang kertas dan berlalu pergi.Azizul memasukkan wang itu ke dalam kocek seluar sebelum meneruskan perjalanannya. Ketika mebuat pusingan dia sengaja menghalakan cahaya lampu motornya ke arah gadis itu.Boleh tahan cantiknya,getus hati Azizul. "Cuti-cuti pun kerja juga?"Azizul sengaja melontarkan soalan itu. Tetapi tidak dibalas,hanya senyuman yang terukir id bibir.Azizul kembali meneruskan perkjalananya.Dalam hati terdetik betapa beraniya gadis itu menunggu van kilang dalam kegelapan malam di tengah-tengah kebun getah pula. Biasa dia melihat gadis menunggu van kilang di awal pagi seperti itu tapi mereka tidak berseorangan, biasanya berkumpulan atau ditemani oleh seorang lelaki. "Jangan-jangan itu langsuir yang dikatakan Nordin semalam""Ah mengarut jer,kalau langsuir pasti dia dah pamerkan muka sebenar masa aku berenti tadi.Takkan langsuir nak makan nasi lemak.Kuih seri muka tu nak buat tambah seri muka dia ker?"kata Azizul seorang diri sambil tergelak kecil. "Awal pagi ni?"tegur penjaja menyedari dia tiba awal dari kebiasaan. "Nak cepat Bang Man.Hari ni kuih seri muka kurang 3 ketul dan nasi lemak kurang 2 bungkus,ada orang beli tengah jalan tadi."Beritahu Azizul sebelum meninggalkan tempat itu. Azizul bergegas pulang ke rumah untuk menghantar anak ke sekolah pula.Dia mengerjakan solat Subuh sambil menunggu anaknya menyiapkan diri. "Ayah ,mak suruh minta duit belanja dengan ayah sebab hari ni mak takde duit kecil,"katanya anak sulungnya apabila mereka tiba di depan pintu pagar sekolah. Azizul menyelok kocek seluarnya untuk mengambil duit 2 ringgit yang diberikan oleh gadis pagi tadi.Tapi dia hairan tiada duit cuma daun getah kering 2 helai terdapat disitu.

Tercenggan seketika Azizul dibuatnya.Merasa tak puas hati dia menyeluk pula kocek sebelah lagi,kosong. "Dari mana datangnya daun getah ni,seluar ni baru aku keluarkan dari almari,"akalnya ligat berfikir. Sesusuk tubuh gadis tadi terbayang di matanya.Barulah dia sedar gadis tadi bukan gadis biasa,mungkin jelmaan langsuir. Buktinya 2 helai daun kering ditangannya kini. Seminggu juga Azizul dilanda demam terkejut dan selepas kejadian itu dia tidak akan keluar menghantar kuih selagi belum jam 6 pagi. 

Club Kisah Seram : Bangunan Berhantu.

Nama saya Sham ingin menceritakan kisah seram. Ini berlaku sudah hampir dua tahun. Dulu saya seorang remaja yang sangat liar. Keluar setiap malam, lepak sana sini dan macam-macam lagi. Pada satu malam, saya dan rakan-rakan sedang lepak di bawah sebuah pokok. Tak jauh dari tempat kami lepak, ada satu bangunan yang tidak digunakan lagi. 
Kawan saya mencabar saya untuk memasuki bangunan itu dan mengambil gambar sekeliling kawasan bangunan itu. Saya pun dengan berani menyahut cabaran itu. Orang kata bangunan itu "keras". Ayah saya pernah mengatakan bahawa kita tidak boleh masuk ke bangunan itu selepas 7 malam. Saya tidak menghiraukan nasihat itu, terus memasuki bangunan tersebut dengan berbekalkan lampu suluh dan telefon bimbit untuk mengambil gambar. Apabila saya ingin memasuki bangunan tersebut, bulu roma saya mula meremang. Keadaan bangunan tersebut memang seram dan gelap. Saya pun memasuki bangunan tersebut. Saya mula mengambil gambar sekeliling bangunan tersebut dan tidak sedar saya telah jauh berjalan. Lebih kurang 15 minit saya berada dalam bangunan tersebut dan seperti ada bermacam-macam benda yang perhatikan saya. Saya berasa tidak sedap hati lalu mencari jalan keluar. Apabila saya keluar dari bangunan itu, saya menyuluh semula ke arah bangunan itu dan saya dapat melihat banyak makhluk seperti manusia berpakaian putih sedang melambai ke arah saya. 
Saya dengan sekuat hati berlari dari bangunan itu tanpa melihat ke belakang. Apabila sampai ke tempat kawan-kawan saya yang sedang lepak, saya menyerahkan telefon bimbit saya kepada kawan saya untuk melihat gambar yang saye telah petik. Tetapi malangnya semua gambar yang saya petik sudah tiada seperti sudah dibuang oleh seseorang. Selepas kejadian itu saya terus bertekad menjadi remaja yang baik. 

Club Kisah Seram : Pocong Atas Katil.


Saya ingin mengenengahkan pengalaman saya yang saya masih ingat sampai sekarang. Ini membuat saya tidak berani lagi tidur keseorangan diri di dalam bilik saya. Saya seorang ibu tunggal. Saya tinggal bersama ibu, ayah, adik lelaki saya dan isterinya di rumah kami di Sembawang. Saya tidur bersama anak gadis saya yang bernama Kiera.
Katil kami merupakan katil dua tingkat. Saya tidur di bawah dan Kiera di atas. Selalunya Kiera sampai rumah dari tempat kerja paling lewat pukul 11.30 malam. Dan Kiera akan menghantar pesanan kepada saya jika dia balik lewat malam, selalunya habis lewat di tempat tugasnya di Lapangan Terbang Changi. Dan jika dia tidak balik, dia pun akan menghantar pesanan atau menelefon saya untuk memberitahu saya. Kejadian ini berlaku pada saya seminggu yang lalu, pada malam Jumaat. Saya terlalu penat sangat selepas pulang dari kerja sekitar selepas pukul 7 malam. Selepas membersihkan diri, solat Maghrib dan Isyak, saya makan dan berbual - bual dengan ibu dan ayah saya. Masuk pukul 10 malam, saya pun masuk ke bilik dan terus tertidur. Saya tersedar dari tidur selepas sesuatu berbunyi di atas katil saya. Bunyinya sama seperti bunyi apabila Kiera baru baring atau sedang memusingkan dirinya di atas katil. Jam menunjukkan pukul 12.15 pagi.

Pada pendapat saya, itu mesti Kiera yang sudah terbaring di atas. Selalunya, saya nampak wayar telefon bimbit Kiera di sebelah saya, tapi pada malam itu saya tidak perasan wayarnya. Dalam masa yang sama, saya terhidu bauan yang tak menyenangkan hati saya. Saya tahu itu bau pacai, tapi saya masih lagi setengah tidur setengah bangun. Saya tergerak hati untuk melihat telefon bimbit saya. Alangkah terperanjatnya saya bila ketika saya sedang memegang telefon bimbit saya ketika itu juga Kiera menghantar pesanan kepada saya untuk memberitahu bahawa dia pulang agak lewat, masih di tempat kerja, ada kerja lembur dan kemungkinan habis sekitar 2 pagi. Jadi apa yang ada di atas katil sehingga saya terdengar bunyi yang agak berat itu? Apa benda itu? Masih ada atau tidak? Soalan-soalan ini bermain di fikiran saya. Nak bergerak lari takut, nak tidur balik lagi takut bila bau pacai masih ada, dan perasaan menjadi tak tentu arah. Tiba-tiba kedengaran bunyi dari atas katil yang perlahan bagaikan bunyi orang mengerang. Perlahan tapi jelas bunyi itu. Bayangkan, jarak dari katil ke pintu kira-kira tujuh tapak. Saya angkat bantal dan telefon bimbit saya dan jalan perlahan-lahan menuju pintu saya. Entah kenapa saya bergerak perlahan, saya tidak terfikir bahawa bergerak cepat itu lagi menyenangkan saya. Ketika saya buka pintu bilik (katil di belakang saya ), terdetik perasaan ingin tahu apa yang berada di atas katil. 

Saya pun buka pintu, perlahan-lahan kepala saya pusingkan ke arah kanan agar saya akan melihat dari tempat kaki dahulu. Bayangkan apa yang saya nampak. Susuk tubuh manusia yang dibalut kain putih, boleh saya katakan Pocong di katil anak saya yang di atas katil saya. Tanpa melengahkan masa, saya lari tanpa tutup pintu bilik saya. Kerana ketakutan sangat, saya kejutkan ayah dan ibu. Ibu dapat merasakan sesuatu bila saya kejutkan beliau. Namun begitu, tiada siapa yang berani periksa bilik itu malam itu. Kami lanjutkan tidur sehingga ke pagi. Sampai sekarang saya tak benarkan anak saya Kiera kerja lembur, dan bila Kiera belum balik lagi, saya akan berada di bilik ibu saya. Terima Kasih kerana ketengahkan cerita saya ini.

Club Kisah Seram : Apartmen


Kisah mengenai apartmen yg saya tinggal sekarang. Kami sekeluarga sering dgr bunyi guli bergolek(bunyi guli bergolek atas lantai jubin)Oleh kerana kami tinggal di tkt paling we assumed anak2 org di tkt atas la yg suka benar main dgn guli ni.

Ayah saya pun bertanya dgn jiran2 yg lain,selalu tak dgr bunyi budak main guli? rupa-rupanya diorang pun dgr jugak & kata diorang kalau ada unit rumah yg kosong aje akan ada la kedengaran bunyi-bunyi guli..Kawasan rumah saya tinggal sekarang ni memang "keras" sikit,kononya ada satu kubur sami hindu yg "hilang" sewaktu pembinaan. Guards yg merondawaktu malam pun sering diusik oleh "benda" ni. Suka main-main dgn suis lampu,yg tu ditutup yg ni dibuka:geram:

Alhamdulliah setakat ni tak ada lagi ternampak benda yg menakutkan,cuma dengar ajelah..

Friday 29 March 2013

Club Kisah Seram : Perempuan Baju Hitam Depan Pintu..

Dari kecik I nie sering nampak2. Tu pasal lah nyai I cakap time I kecik2 dulu asyik sakit jer. Paling latest I ternampak secara vivid bila nak gi rumah parents I. Rumah parents I point block kat Mei Ling Street....lift kat sebelah pintu jer. Lift sekarang kan ada glass kat pintu jadi bleh tengok keluar. Prents I tinggal di tingkat 14. Bila lift tu sampai jer, I nampak ada perempuan pakai baju hitam berdiri depan pintu, separuh badan kebawah diselindungi potted plants yang disimpan ayah I sebagai hobi. Muka tak nampak pasal badan dia berpaling senget ke arah pintu. I ingatkan my sister pasal earlier bila I call she takde rumah. So I tot dia sampai rumah sama timing dengan I. I punya orang suka kacau adik beradik so I dah bersedia nak sergah ler.....Pintu bukak jer, dah takde...so I tot cepatnya dia masuk rumah. Bila I keluar lift, pintu rumah parents I tertutup....tak dengar pun pintu tutup tadi. Pada pendapat I macam sekelip mata gitu. So I ketuk ler pintu bertalu-talu. Adik I yang bongsu tengok I terpinga-pinga so tanya kenapa. I tanya balik if my other sis dah balik. Dia kata 'dah dari tadi'.
Ler.......I pun story kat my family what I saw. My brother kata mungkin my shadow from the lift glass. At first I tot maybe jugak pasal I pun pakai baju hitam. Tapi bila ingat balik yang orang berdiri tu rambut dia lepas bahu. I pun lepas bahu tapi I ikat rambut I hari tu. And baju I hitam ada bunga2. Yang I nampak hitam semua. I pun tak tau apasal I tot it was my sister pasal rambut dia pendek. Pelik! Sapa ya yang berdiri kat pintu tu?

Club Kisah Seram : Tangisan Kanak-Kanak.

Kisah ini berlaku pada tahun lepas. Ketika saya keseorangan di rumah, saya telah mendengar telefon rumah berdering. Tanpa membuang masa, saya mengangkat panggilan telefon tersebut. Di hujung talian tersebut, ada suara memanggil nama "Mama... Mama... Mama... Mama...” memanggil dengan nada sayu dan tanpa henti-henti. Saya sangkakan ada kanak-kanak yang tersalah talian. Lalu saya menjawab panggilan tersebut dengan berkata, "Saya bukan ibu awak. Awak tersalah nombor...” Walaubagaimanapun, suara itu tidak mempedulikan apa yang saya katakan. Kanak-kanak itu terus memanggil lagi, "Mama... Mama... Mama...” tidak putus-putus sehingga beberapa minit.
Saya menunggu suara itu berhenti sambil mengharapkan kanak-kanak itu memutuskan taliannya. Namun hampa kerana suara itu terus-menerus memanggil mama tanpa henti! Kerana terlampau lama, saya meletakkan gagang telefon di atas meja. Saya sangkakan kanak-kanak itu amat nakal dan suka mengganggu orang melalui talian telefon. Selepas itu, saya meneruskan rutin harian dengan memasak makanan malam. Kira-kira 2 jam selepas selesai semua tugas, saya kembali teringatkan gagang telefon yang saya letakkan di atas meja tadi. Saya letakkan gagang telefon itu di telinga saya. Tak sangka! Suara itu masih ada kedengaran di corong telefon tersebut! Waktu itu hampir-hampir Maghrib. Saya mula terasa seram. Saya mula terfikirkan ianya gangguan dari makhluk halus. Tanpa membuang masa, saya memutuskan panggilan telefon tersebut.
Apa yang berlaku, saya ceritakan kepada suami dan anak-anak. Kebetulan, suami saya seorang pekerja di salah sebuah syarikat telekomunikasi. Seminggu kemudian, saya mengikut suami saya ke tempat beliau bekerja kerana ada hal lain yang perlu saya uruskan. Tiba-tiba, telefon di pejabat suami berbunyi. Seperti biasa, suami saya mengangkat telefon kerana ianya sebahagian daripada tugas yang perlu dijalankan. Tetapi, suara kanak-kanak yang memanggil saya tempoh hari pula yang muncul di talian. Kami sekeluarga mendengar suara kanak-kanak itu secara bergilir-gilir. Sungguh sayu dan menyeramkan. Selepas itu, suami saya memutuskan talian dan membuat siasatan dari mana datangnya panggilan telefon tersebut. Rupa-rupanya, setelah suami saya siasat, talian tersebut datang daripada telefon awam di daerah terpencil, iaitu daripada kawasan Cha’ah, Segamat, Johor. Yang mana tempat itu selalu berlaku kemalangan. Sedangkan saya berada di JB. Itulah yang menjadi tanda tanya saya sekeluarga, dari dulu sampailah sekarang. Apa tujuan kanak-kanak itu memanggil saya? Adakah simpati yang diharapkan? 

Marya Abdullah, Bandar Seri Alam, JB.

Club Kisah Seram : Nurse..!!!

Kisah ini berlaku pd tahun 2003, 11.4.2003. Masa tu aku brsalin kt hospital selayang. Mlm prtama aku di hospital selayang, dlm kul 2 or 3am, aku ingin ke tandas. Dan masa aku nk bgun. Aku melihat seorg perempuan brdiri di luar cermin, aku hnya melihat dr belakang n aku x npk wjh perempuan tp rmbut dia paras bahu n pakai bj hospital selayang sama mcm aku.
Tp bila aku dekat dia hilang, masa tu bulu roma aku dh mereman n aku rasa kepala aku dh besar. Tp kemanakah hilangnya perempuan n dlm takut2 tu aku masih mencari n aku tgk perempuan tu ade kt bwh n sedang melihat kearah aku dgn mata yg merah.. dn trsenyum sinis pd aku.. aku hnya trsedar bila seorg nurse dtg menegur aku n gtaw yg ank aku menangis.. nurse tu tnyer akk tgk aper? Perempuan tu!!!! Nurse tu jwb perempuan mana, sy x npk sapa2 pun kt bwh tu.. lalu aku ceritakn aper yg aku npk pd nurse yg brtugas mlm tu, dia ckp perempuan tu mati bunuh dri krn x dpt trima hakikat yg anknya x dpt diselamatkn. Dn katil aku tggl masa tu adalh katil perempuan yg mati bunuh dri kt c2. Esoknya aku terus gtaw dktr yg aku nk kuar hari nie jgk dr cni..

Club Kisah Seram : Pontianak Night Safari.

Saya ada cerita yang hendak dikongsi yang saya dengar dari teman saya yang pernah berkerja di Night Safari. Ianya berlaku beberapa tahun dahulu waktu Night Safari baru saja dibuka. Pada satu malam sebelum Night Safari dibuka untuk para pengunjung, biasanya pembersih-pembersih akan memulakan syif mereka dengan membersihkan tandas-tandas awam di sana. Ada seorang pembersih sedang mencuci tandas wanita pada waktu itu. Sedang dia membersihkan lantai, dia terperasan kubikel yang di hujung sekali ada orang, kerana pintunya tidak ditutup rapat. Pembersih itu nampak bayangan dari dalam kubikel itu. Dia pun sambung kerjanya kerana dia sangka ada orang menggunakannya. Tiba-tiba baru dia tersedar yang pintu utama Night Safari belum dibuka lagi dan membuat dia musykil. Pembersih itu dengan perlahan berjalan menuju ke arah kubikel itu untuk mengetahui siapa di dalam. Nak tahu tak apa yang pembersih itu nampak bila dia menghendap di celah pintu yang tidak ditutup rapat itu? Pembersih itu nampak Pontianak sedang menyangkung menghadap jamban sambil menjilat lampin kotor wanita yang mempunyai darah kotor. Pembersih itu terus menjerit dan lari keluar dari tandas itu. Teman saya memberitahu saya yang pembersih itu tidak lagi datang bertugas semenjak malam itu.


Club Kisah Seram : Saka Di Rumah Lama

Saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika di rumah lama saya di Woodlands. Kejadian ini berlaku tiga tahun yang lalu. Rumah saya di Woodlands dijual setelah ibu dan ayah berpisah. Kini, saya tinggal bersama ibu dan abang di rumah baru di daerah Chong Pang. Sudah sebulan saya pindah di rumah baru. Rumah saya di Woodlands sudah pun ada penghuni baru. Setelah sebulan rumah dijual, tiba-tiba saya dapat pangggilan dari penghuni baru di rumah Woodlands. Namanya Cik H. Saya pun angkat panggilan tersebut. Suaranya agak gementar kerana saya boleh mengagak dari nada suaranya. Bunyinya begini KC, “Hello... Cik Nani, ni saya Cik H yang beli rumah awak di Woodlands. Saya ingin berjumpa awak sekeluarga...” Saya pun hairan. Setahu saya semuanya sudah dilangsaikan. Saya pun tanyalah, “Kenapa eh Cik H..?” Cik H terdiam seketika. Hati saya mula tak sedap. Pasti ada sesuatu berlaku pada rumah tersebut. Lalu Cik H bersuara, “Rumah yang saya duduk tu ada benda...” Saya tersentak. Hati saya mula rasa resah. Pada malam itu juga, Cik H berjumpa saya, ibu dan abang saya. Wajah Cik H nampak tenang. Cik H mula menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah itu. “Saya nampak Cik Kak dalam bilik tidur utama dan di ruang tamu...” Saya terdiam. Saya sudah agak benda ini pasti akan mengacau penghuni baru. “Tapi itu bukan saya punya. Itu ayah saye punya, bekas suami kepada ibu saya...” Ibu hanya memandang saya. Saya pun mula ceritakan pada Cik H tentang rumah tersebut. “Itu saka ayah saya. Tapi kami tidak mengambilnya. Ibu dan ayah saya bercerai pun kerana saka itu...” Cik H terus beristighfar banyak2. “Macam ginilah Cik H, Cik H panggillah mana2 pakar yang boleh buang benda itu. Kami memang tak nak saka itu. Kami tak pernah jaga benda itu.” Cik H faham akan maksud saya. Memang saya tahu bukan mudah untuk buang saka ini. Saka yang ayah saya ambil mahukan waris. Kerana tak ada sesiapa yang mahu mewarisi saka itu, ayah saya mula dingin dan lalu menceraikan ibu saya. Berkali-kali, ayah saya merayu pada saya dan abangg supaya menjadi warisnya. Namun saya dan abang menolak sekerasnya. Buat apa saya mahu pelihara benda itu? Menyusahkan hidup saya saja. Sejak ayah saya mengambil saka itu, perangainya mula berubah. Hari2 ayah saya akan bergaduh dengan ibu saya. Dan hari2 juga saya selalu melihat ibu saya menangis atas perbuatan ayah saya. Saya sedih, kerana saka itu, ayah saya mula dingin dan bencikan ibu saya. Dan sejak ayah saya pelihara saka itu, kehidupan kami sekeluarga seperti orang asing dalam rumah itu. Ayah saya juga sudah tidak tidur sebilik dengan ibu saya. Dia hanya tidur bersendirian dalam bilik tidur utama. 
Ayah saya pula sering balik tepat 12 tengah malam. Pagi keluar, malam baru pulang seolah-olah mahu mengelak bersemuka dengan ibu saya. Pernah sekali ibu saya bertengkar kerana ayah saya pulang lewat malam. Boleh jadi huru-hara. Setiap kali ibu dan ayah saya bertengkar, wajah ayah saya akan berubah menjadi hitam. Saya pernah lihat wajahnya ketika marah. Begitu amat menakutkan. Saya tahu itu bukan ayah saya tetapi sakanya. Berapa bulan kemudian, ayah saya hilangkan diri selama dua tahun. Selama dua tahun itu, ibu saya merana. Ibulah yang membesarkan kami. Ibu selalu menangis mengenangkan nasibnya. Saya amat kecewa dengan sikap ayah saya. Kerana saka, dia sanggup tinggalkan keluarga dan ceraikan ibu saya. Dalam dua tahun itu juga, ibu saya ke mahkamah minta cerai. Dan masa dua tahun itu jugalah, kami diganggu oleh saka ayah saya. Saya perasan satu hari itu, di tangan ibu saya ada bekas lebam. Ibu saya sendiri tidak tahu di manakah datangnya lebam di tangannya. Ibu sayalah paling teruk diganggu. Kerana tak sanggup nak tinggal dalam rumah itu, kami jual rumah itu selepas ibu dan ayah saya berpisah. Saye memang dah tak sanggup berdepan dengan gangguan yang ada dalam rumah itu. Setiap hari bila balik dari kerja, hati saya jadi takut untuk balik ke rumah itu. Bila buka pintu utama saja, mesti saya ternampak kelibat seseorang menyerupai ayah saya berdiri di bilik tidur utama, walhal ayah saya dah lama tinggalkan rumah itu sebelum berpisah dengan ibu saya. Sejak ayah saya tinggalkan kami tiga beranak, ibu saya tidur bersama saya. Bilik tidur utama itu tidak ada sesiapa yang nak tidur. Siapalah yang mahu tidur tempat bekas ayah saya? Siapa2 yang datang ke rumah saya, pasti akan merasa resah. Saye perasan kawan2 saya perhatikan di bilik tidur utama ketika mereka datang rumah untuk belajar bersama saya. Tak sampai sepuluh minit, kawan saya akan minta diri untuk balik. Saye tahu sebabnya. Kawan saya pernah berkata, “Rumah kau keras eh...” Saya hanya tersenyum. Kerana mereka tahu saka itu milik ayah saya. Selepas saya ceritakan apa yang berlaku, Cik H faham apa yang telah kami sekeluarga lalui. Selepas itu, saya tak pernah dengar lagi berita dari Cik H sejak kami jumpa sebulan lalu. Alhamdulillah, bila di rumah baru di Chong Pang, kami dapat ketenangan yang kami cari selama ini. Ibu saya juga tidak mahu ingatkan apa yang telah berlaku sepanjang tiga tahun yang lalu. Pada pendengar sekelian, saya nasihatkan, jangan kita mengambil benda ini, kerana ia hanya merosakkan rumahtangga kita dan kita akan kehilangan orang yang kita sayang. Itu saja kisah saya. Terima kasih dan selamat malam!

Thursday 28 March 2013

Club Kisah Seram : Bercuti Di Melaka

Saya ingin kongsikn pengalaman saya n suami. Kisah seram ini brlaku pd 11.2.2013. Aritu saya n family bwk ank2 pi jalan2 kt a famosa di negeri melaka. X silap saya, saya naik tgga nk pi kt tapak gereja tu pun dlm kul 5 lbh. Saya smpi jer kt atas. Saya, suami n ank2 terus pegi kt kubur2 yg ade kt situ dulu.. kemudian ank saya yg berusia 5tahun. Ckp dgn sepupunya, kt sini mesti ade hantu kan kakak. Saya yg trdgr terus marahkn ank saya td. Saya pesan kt ank saya td. Supaya jgn ckp mcm tu lg kt sini. Kemudian kami brjalan lg hgga ke kubur yg trakhir.. skrg ank saya yg brusia 2 tahun 9bulan plak.. saya lihat dia melambai tangan kt arah kubur yg terakhir itu.. siap ckp bye2 lg.. saya pun terus ajak ank saya keluar dr tmpt tu krn hati saya mula rasa resah. Bila saya pandang blk kearah kubur yg ank saya ckp bye2 td.. saya npk seorg kanak2 perempuan yg sgt comel brdiri di c2 dgn ahli keluarganya.. namun saya diamkn diri dr brcerita.. mlm kami nk blk kl. Saya duk kt belakang sbb abg ipar tumpang kete kami pulang kerumahnya di shah alam. Dlm prjalanan saya melihat seorg perempuan sedang brdiri ditepi jln kt kebun kelapa sawit.. seolah2 sedang menanti kenderaan tp dia tdk menahan kereta kami.. namun hati kecil saya brkata ini bkn manusia.. Pakaian dia mcm org portugis.. x lama kemudian saya nampak lg perempuan yg sama brdiri kt tepi jalan mcm tgah tggu kenderaan. Prkara itu berulang 3 kali hgga kami smpi kerumah kami di kg.baru batu caves. Smpi jer kt umah suami saya ckp dia rasa mls nk mandi. Saya pun ckp lah kt suami saya. Pegilah mandi x elok kita blk dr tmpt mcm tu.. kemudian suami saya terus pegi mandi. Suami saya tanya, nia ade dgr ape2 x? Saya ckp x ade, wlupun saya dpt rasa kehadiran benda tu.. kemudian suami saya cerita pd saya. Yg dia trdgr bunyi org brjalan kt ruang tamu rumah saya.. dia ckp bunyi tapak kasut perempuan.. kemudian ank saya yg 5tahun tu kena kacau.. mgkn krn mulutnya ptg itu yg xde insuran. Suami saya nie kira pandai lah jgk sikit2 halau benda2 halus nie.. siap solat suami yg terus buat ape yg patut utk halau hantu perempuan tu..